Sunday, January 26, 2003

//Puisi : Buat Seorang Anak

Hari ini anakku
Kejahilan amat mencengkam hidup
Hinggakan kita tak pasti yang mana perlu di ikut
Di ikut kiri, si polan akan berkata kananlah yang benar
Jika ke kanan, si polan dari belakang pula tertawa
Sungguh keliru
Sungguh kusut

Anakku
Berhati-hatilah hidup di zaman ini
Kerana
Ramai ilmuan yang ada banyak yang tidak teriktiraf ilmunya
Yang melepaskan kata-kata sekehendak hati
Peduli apa, asalkan ada orang yang dengar dan mengangguk
Pedulikan tanggungjawab sosial,
kerana aku juga sedang menyelongkar tentang sosial
Kebobrokan peribadi seseorang perlu aku sebarkan seluas-luasnya biarpun aku
hanya mendengar sumbernya secara tak pasti
Pergi mampus kepada peribadi yang diserang untuk membela
Kalau dia mendengar ketika ini, dan tidak benar, saman di mahkamah
Inikan negara demokrasi. Ha..ha..ha..
Fitnahkah atau tidak, usah peduli

Oleh itu anakku,
persiapkanlah dirimu dengan ilmu yang benar
agar kau terus bernafas di jalan yang lurus