Tuesday, December 03, 2002

Baby..

nampaknya mama period lagi. setelah 2 bulan lebih.. hmmm. kenapa agaknya baby tak nak munculkan diri. Mama lega juga sekurang2nya mama tidak tertanya-tanya lagi. walau pun sedih tapi mamam terpaksa terima hakikat itu.

Namun mama tetap menunggu baby....

Baby.. selamat hari raya mama ucapkan.

Monday, December 02, 2002

Assalamualaikum.. baby.

Hari ni Mama betul2 tak sihat. pregnant ke Mama? Mungkin masa check tu tak nampak. kalau ye alhamdulillah.. pagi tadi masa tengah gosok gigi, tiba-tiba Mama muntah. keluar semua yang Mama makan masa sahur tadi. terkejut Mama. apesal tiba-tiba muntah.. sebab tak de rasa nak loya atau nak muntah pun.. so Mama bagitahu ayah

ayah tanya pregnant ke.. ntah.. empunya badan sendiri tak dapat nak jawab. Mama buat macam biasa, bersiap pergi kerja. rasa badan biasa aje... mula kerja okey aje.. tapi lama-lama pening pulak. pening sangat.. lepas tu tak de mood nak buat kerja. hasyik sapu minyak panas kat leher kat hidung sebab rasa loya nak muntah. dada pulak sakit memanjang. sebenaarnya Mama sakit dada dari sabtu lepas. mungkin sbb kerja dalam air-cond. tidur pun mengadap kipas.

Sekejap tadi Mama nak pergi sembahyang pergi toilet. masa nak cuci tu nampak darah kat tisu tandas. alamak.. mula-mula sikit aje.. lama-lama banyak pulak. tp tak sampai kena underwear. ah.. bleeding ke? biar betul. nanti balik Mama nak pergi klinik..hmm.. kalau betul bestnya...