Friday, November 29, 2002

Reply dari netters Relexjap...

Hi Kak Long,
Terima Kasih kerna sudi membalas email akak yg tak seberapa ni...mengenai tukang urut tu akak ada kat Singapore ni Kak Long ada kat mana tu...

Akak ni sejak kawin macam2 cobaan dah rasai dan lalui kadang tu nak kongsi dgn orang lain takut orang tu tak akan percayai apa yg kita nak ceritakan..tu lah kadang buat akak ni rasa benar2 frust...tapi alhamdullillah hubby akak ni orang nya tabah walau pun kadang dlm hati kecil beliau akak dapat rasakan yg dia benar2 kecewa dgn keadaan kita.

Bila tahun yg lepas tu bila dapati akak tak datang haid dia benar2 mengharap dan rasa happy sangat yg di sangkakan akak ni dah mengandung tapi bila dah 3 bulan tu akak akan datang haid lalu kecundang..dia kecewa sejak dari saat tu dia tak brani nak mengharapkan sangat.

Tapi skrang ni akak dah 3 bulan tak datang haid gi buat urine test tak ada tapi tanda2 sume dah terang. Perut ni pun rasa berat sangat dan membesar kalau tido pusing sebelah kanan..kanan akan rasa sesuatu di dlm perut bila pusing sebelah kiri..kiri pula terasa..kalau mabuk tak kira pagi, ptg atau mlm...tu pasal gi tukang urut kata dah ada 3 bulan..(ni yg buat kita mula ada harapan gitu) :-)

Kalau Kak Long nak tau akak ni tinggi besar orang nya (gebu2 gitu kan) tu pasal tukang urut tu kata orang cam gini mmg sukar sikit nak lihat baby nyer...kalau scan pun kadang kata tak dapat lihat terselit dgn lemak2 badan kita. Tapi akak pun pernah baca di internet yg mengatakan orang gemuk mmg sukar nak dapat lihat janin di dlm perut kadang tu dah 7/8 bulan baru akan kelihatan dan kalau nak tau ada baby ke tidak mereka akan mengunakan apa yg di panggil sound wave ultrasound. Tapi tukang urut akak tak kasi pergi dr buat masa skrang kata nya kalau dr test urine neg. mereka akan cuba kluarkan darah kita melalui suntikan atau makan obat.

Tu yg buat akak dan hubby serta mak akak sendiri tak mengizinkan.. mmg benar kata tukang urut akak pernah satu hari tu akak muntah dan sakit pala sangat nak ambil mc so terpaksa gi jumpa dr. Bila dah check dr tanya bila akan last period akak kasi tau bulan August yg lepas terus dia kata pada akak test urine, lepas check neg. apa lagi dia tanya pada akak nak injection atau makan obat kluar kan darah haid...hubby akak terus kata pada dr tu dia kata biarkan dulu tunggu hingga bulan depan so dr tu tak boleh kata apa2 dia hanya suruh kami datang lagi jumpa dia.. Mak akak marah dia kata kalau ikutkan orang tua2 dulu bila mengandung anak yg sulung tak boleh ghairah sangat tak baik dan tak kasi pergi check dr biar kan dulu sampai dah tua sikit pregnant tu baru boloh check antara 4/5 bulan....tapi kita tawakal saje lah..

Usia 1 tahun perkhawinan akak, akak dan hubby ada gak pergi hospital jumpa dr pakar utk pastikan yg akak ni tak ada problem dlm perut dan tempat peranakan akak..Sume normal tak ada problem tu pasal akak pasti yg akak ni masih boleh mengandung dan dr kat hospital pun dah sah kan yg akak ni boleh pregnant.

Skrang ni akak ada tanda spotting kat panties tapi sikit saje, tu pun kadang kata orang mmg ada tapi akak biarkan saje tapi hati ni hanya tuhan saje yg tau cam mana perasaan ni bila tau akak ada spotting. Kalau gi dr nanti lain plak dr kata tu pasal lah akak hanya tawakal saje mudah2an ada rezeki...awal bulan January kalau betul masih blum datang haid akak akan gi tempat tukang urut tu dah dia kata nak urut sikit dan betul kan sikit kat dlm perut ni...nak kluarkan takut tersepit kata beliau...

Oh ya ada kawan hubby akak punya wife, dia datang haid 3 hari dah tu dia rasa sakit pala dia gi jumpa dr konon nak obat lah dah tu dr check dapati dia pregnant bila dr kata dia pregnant dia tak caya pasal dia sedang period tu pasal lah akak dengar cerita cam gini sume ni yg buat akak ada semangat dan harapan gitu...so sama lah kita kan...

Akak masa ni berpantang tau...byak benda yg akak tak boleh makan..tukang urut tu yg suruh berpantang utk kebaikan akan turutkan...pasal akak ni pun tak kuat sangat...kadang diri ni berfikir gak kita yg nak anak sangat susah nak dapat orang yg tak nak anak senang sangat nak mengandungkan...kadang ni akak terima dgn selalu berkata cobaaan...Pasa suatu hari hubby akak bersuara apakah dosa dia yg lalu buat dia blum di kurniakan anak...cobaan demi cobaan kita lalui..(tu yg buat akak rasa pilu sangat tapi tau lah kita mesti kuat kan semangat) tu pasal akak nak kak long pun bersemangat dan selalu rasa yg kak long ni selalu ada harap yg kita boleh ada anak..insya'allah hanya buat masa skrang ni belum ada rezeki...insya'allah. Cuba dan terus mencuba sehingga berjaya tanpa putus asa.. :-)

Biar apa orang lain nak kata. Saper yg tak nak anak teruatam anak yg sulung yg pertama buat kita kan...tawakal lah yg penting kita jgn ada perasaan iri hati ok...pasal kalau kita ada perasaan iri hati dan mula timbul perasaan dengki, niat yg tak elok pada orang tu kan....

Sama2lah kita berdoa agar kita cepat dikurniakan cahayamata...Amin

yg benar,

baby_sun70@yahoo.com

Wednesday, November 27, 2002

Sedih.. tak pregnant lagi..

hari ni aku betul2 sedih. arghh kenapa rasa macam ni. kenapa?? kenapa?? jealous pun ada. hmmm.. aku dapat tahu yang kak nurul pregnant. dia baru kawin bulan 10 hari tu, terus aje pregnant tp aku dah setengah tahun kawin pun tak de tanda-tanda lagi.

walaupun period aku datang lewat 5 minggu, nak masuk 6 minggu tapi aku bukannya pregnant. tak tahu kenapa. bulan lepas pun aku lewat juga, aku ingat aku pregnant. bila check -ve. aku frust sangat. kali ni pun aku frust lagi.. urine test -ve, scan pun tak nampak ape lagi. doktor kata rahim aku tebal lagi. doktor nak bagi injection supaya darah period aku keluar tapi aku tak nak. aku nak tunggu lagi.. sebab aku dah mula rasa muntah2, rasa penat, moody, berat badan pun terasa naik. walaupun aku sekarang tak de selera makan sangat. aku dah start mabuk.. emak aku cakap. tp last-last aku frust lagi...

aku sedih gilerr.. macam mana nak pujuk hati aku ni. rasa macam nak cuti aje hari ni.. hmmm.. sedih betul. tak tahu nak cakap. air mata dah bergenang sebaik sahaja k.nurul cakap yang dia pregnant. mulanya aku nampak dia makan.. aku tanya dia kenapa tak puasa sebab rasanya period dia baru je lepas. rupanya dia cakap dia bleeding hari tu jumpa doktor dan doktor cakap yg dah ada janin dalam rahimnya. doktor tak bagi dia puasa pun.. nyesal aku tanyaaa.. patut semalam mc..

hubby aku pun frust... satu hari dia tidur sbb tension sangat..

macam malas nak raya.. malas.. malas.. tak de mood. nak kerja pun malas. aku nak balik rumah nak nangis puas-puas. walaupun dah cuba pujuk hati aku tapi aku tak dapat nak menahan perasaan aku. ntahlah.. mungkin aku terlalu mengharap. mungkin aku mengharap sinar ramadan ni bawa kebahagiaan pada aku. mungkin sebab dah ramai sangat orang bertanya.. mungkin sebab aku pun dah boring duduk berdua. mungkin.. mungkin.. segalanya mungkin..

aku tengok k.nurul happy aje. muka berseri-seri.. tak pelah tu rezeki dia. turn aku bila lagi.. aku sedih sangat. aku mcm nak emergency leave.. amik cuti sampai perasaan aku reda..

Monday, November 25, 2002

Kenapa tak muncul lagi...
Selamat pagi sayang.. nampaknya si manja mama ni tak muncul lagi.. kenapa sayang? hari tu mama dah scan tapi still -ve. nanti mama check di klinik lain pula ye. harap-harap nampaklah jambul sayang yeee..

yg ni email dari auntie rabie.. dia dah ada anak sorang namanya adam.. :

Hi Zura,
Jangan bersedih. Mana tau lepas ni pregnant terus dapat twins...bestnya.. Kita tak tau la macammana nak bagi subur tapi selalunya orang kata waktu subur ialah 14 hari sebelum next period awak atau one week lepas habis period.

Tapi kita risau jugak bila awak kata awak tak period 5 minggu. Awak check dengan doktor mana? Kita boleh suggest awak check dekat klinik Soraya kat seksyen 3. Doktor tu bagus jugak. Tak pun, awak boleh try doktor kita kat Subang Jaya Medical Centre. Nama doktor tu ialah Dr Delaila. Dia tu one of the best doktor sakit puan kat situ. Lagi sorang ialah Dr Siti kat SJMC jugak. Kita rasa better awak check untuk pregnancy dan jugak selain daripada pregnancy. Sebab ni dah 2 kali awak lewat sangat. Just to be on the safe side, try la jumpa pakar. Tapi selalunya doktor akan kata takpe kalau tak dapat anak within one year after married. Lepas one year, barulah awak kena risau sikit unless awak merancang. Tapi try la jumpa doktor pakar, okay.

Jangan risau. Belum rezeki lagi. Oh ya, lagi satu pesanan.Don't try too hard sebab nanti awak akan stress dan lagi susah nak dapat anak. Just relax je okay.

Take care.