Thursday, November 21, 2002

Sayang.. Mama dah start mabuk...!!

Wednesday, November 20, 2002

Nur Azura Mohd Anuar wrote:
> lin.. kita tak check doktor lagi ni.. tp ni nak tanya lin.. kalau pregnant boleh puasa ke?? kan ni baru nak membesar kan.. awal-awal bulan lagi. kalau kita puasa ada effect tak pd baby...

Ni email dari Auntie Lin.. rommate mama masa di UTM dulu. Dia dah kawin. sekarang anaknya dua. 2-2 lelaki.. Katanya.. :
" sape kata pregnant tak boleh puasa... boleh. asalkan tak memudaratkan ibunya dan bayi dalam kandungannya. macam mana nak kata yerk... kalau zura rasa larat, puasalah. tapi kalau tak larat boleh berbuka. makan tu kena jaga. kalau boleh makan makanan yang berkhasiat. minum susu banyak-banyak (untuk ibu mengandung, cthnya Anmum ataupun Enfamama). biasanya pada awal mengandung kurang selera makan. tapi jangan tak makan terus. makan dalam kuantiti yang sikit tapi kena banyak kali makan. makan buah-buahan ke dll. asam-asam tu boleh makan, tapi jangan ambik dalam kuantiti yang banyak.

zura dah check sendiri ke belum? kalau dah confirm baru pergi jumpa doktor. minta nasihat sekali. biasanya first time jumpa doktor ni dia akan bagi pil (asid folic) untuk perkembangan otak baby. first baby kena jaga. lain orang lain ragamnya. lain anak lain pulak pembawakannya.

baby, tiba-tiba mama rasa macam nak demam......
Hi sayang..

Apa yang manja mama buat ni? Mama sudah terasa lapar pulak. Hari ni Mama puasa. Kalau baby nak tahu, sekarnag ni bulan puasa. Jadi Mama tak boleh makan. Mama nak puasa penuh hari ni. Baby sabar ye.. Baby puasa sama-sama Mama. Tapi kalau baby tak larat.. Mama akan berbuka puasa juga. Tapi harap-harapnya baby boleh tahan ye..

Tadi gusi mama berdarah. cepat-cepat Mama pergi toilet dan kumur. Orang kata kalau perempuan Hamil kena jaga gusi dan gigi supaya tidak berdarah. rasanya gigi mama dah berlubanglah sayang. Nanti kena check doktor...

Oh yaa.. Due date yang mama check di http://pregnancy.about.com/ nampaknya si manja mama ni akan keluar melihat dunia ini pada 4 Julai 2003. Ayah mesti seronok kerana sama dengan hari lahir Ayah. Ayah lahir 4 Julai 1972. Nanti di lain kali, mama akan cerita mengenai Ayah pula ye...

Okey baby.. jaga diri baik-baik...
Kehamilan

Adakah Anda Hamil?

Bagi kebanyakan wanita, apabila kelewatan kedatangan haid dalam sesuatu bulan itu merupakan simtom utama menunjukkan mereka hamil. Akan tetapi, terdapat juga simtom-simtom lain yang dialami oleh wanita-wanita hamil. Antaranya ialah: buah dada - menjadi bertambah besar dan penuh, lebih lembut, dan puting bertambah besar dan gelap mabuk dan muntah - sering mabuk ('morning sickness') yang disebabkan oleh penambahan harmon hCG. kekerapan membuang air - ini disebabkan buah pinggang yang bekerja lebih perubahan perasaan - merasa tertekan/sedih, akibat perubahan harmon.

Apa yang perlu anda lakukan?
Sebaik sahaja anda mendapat tahu anda hamil, anda perlu berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Pemeriksaan dari masa ke semasa, waktu hamil adalah penting bagi menjamin kesihatan dan keselamatan anda dan bayi yang bakal anda lahirkan. Biasanya, doktor akan menentukan lawatan anda setiap bulan sehinggalah kandungan anda berumur 28 minggu. Kemudian lawatan akan meningkat menjadi dua minggu sekali hingga kandungan anda berusia 36 minggu. Dan akhirnya lawatan seminggu sekali ke klinik perlu sehinggalah bayi anda dilahirkan. Ultrasound biasanya dilakukan antara 18 hingga 20 minggu usia kandungan anda.

Adakah Anda Tahu?
Jumlah kenaikan berat badan normal bagi wanita ialah 9kg Terdapat perubahan pada kulit dan rambut wanita hamil, di mana ia kelihatan sihat, dan bercahaya. Bayi mempunyai kebolehan menghisap dari saat dilahirkan, kerana bayi telah mula menghisap jari-jari mereka ketika di dalah rahim lagi. Apabila kandungan mencapai usia 12 minggu, kesemua organ utama bagi bayi sudah terbentuk Semua bayi dilahirkan dengan mata biru, dan warnanya akan berubah, kadangkala beberapa minit selepas dilahirkan, dan ada juga mengambil masa beberapa minggu untuk berubah. Purata berat bayi yang baru dilahirkan ialah 3.4kg dengan ukuran panjang 46-51cm.

8 Tip Untuk Wanita Hamil
1. Ubat - Ambil ubat-ubatan hanya jika perlu. Minta nasihat dari doktor, bidan atau farmasi.
2. Alkohol - Jauhi diri anda dari alkohol
3. Merokok - Berhenti dari merokok
4. Diet - Amalkan diet yang sihat dengan memakan makanan yang berkhasiat
5. Senaman - Buatlah senaman yang ringan seperti berenang, yoga, dan berjalan kaki
6. Tempat kerja - Kebanyakan tempat kerja selamat bagi wanita. Pastikan anda tidak terdedah kepada sinaran x-ray, bahan toksid atau lain-lain benda yang boleh memudaratkan kesihatan anda dan bayi anda
7. Asid Folic - Anda perlu meneruskan pengambilan Asid Folic pada 12 minggu pertama.
8. 'Toxoplasmosis' - Jauhi dari najis kucing dan gunakan sarung tangan ketika berkebun kerana parasit 'Toxoplasmosis' boleh membahayakan kandungan anda.
Mama banyak membaca mengenai perkembangan janin di dalam perut Mama. Banyak lagi yang mama tak tahu rupanya. Kalau ikut pengiraan mama, bermula daripada esok - 22 Nov 2002 Kandungan mama sudah berusia 8 minggu. Mama tak sangka sudah 8 minggu rupanya sayang berada dalam perut mama. Mama tidak merasakan apa-apa.. sungguh, tidak morning sickness, tidak muntah-muntah. alhamdulilah.. rasa biasa aje. malah mama rasa mama semakin rajin membuat kerja rumah. Harap-harap bila anak mama keluar nanti dia akan rajin macam mama.. :-)

Mama sedang memikirkan untuk membuat pregnancy checking di klinik Sheila. Klinik Sheila dekat dengan rumah atuk di Padang Jawa. Ini kawan ofis Mama, Auntie Roziah yang cadangkan. Dia dah ada 4 orang anak, nanti bila anak mama keluar, bolehlah berkawan dnegan anak Auntie Roziah. Insya-allah, esok Mama pergi ye sayang. Mama tak sabar nak tengok sayang. Walaupun sayang mungkin kecik sangat.

esok kita jumpa ye....
++
Buat Baby Mama, sebaik sahaja Mama selesai setup journal ni, Mama terima email dari kawan Mama. Hayati lah ia... :

images OF MOTHER
4 YEARS OF AGE ~ My Mommy can do anything!
8 YEARS OF AGE ~ My Mom knows a lot! A whole lot!
12 YEARS OF AGE ~ My mom doesn't understand me.
15 YEARS OF AGE ~ My mom doesn't let me do anything.
18 YEARS OF AGE ~ I'm an adult. My mom can't control me anymore.
25 YEARS OF AGE ~ I should have listened to mom.
35 YEARS OF AGE ~ Before we decide, let's get Mom's opinion.
50 YEARS OF AGE ~ I Wonder what Mom would have thought about it.
65 YEARS OF AGE ~ I Wish I could talk it over with Mom.

Appreciate your mom before it is too late!


++
Assalamualaikum WBT...

Sayang.. baby mama.
Journal ini khas untuk mengikuti perkembangan terkini baby dari masa ke semasa. Insya-allah, mama akan sentiasa cuba mencatatkan apa-apa yang berlaku semasa mengandungkan baby mama ni. Mama inginkan yang terbaik untuk baby, Bila baby sudah dilahirkan nanti.. Bila sudah besar nanti, baca lah journal ini... supaya baby mengerti kehidupan mama dan perkara yang mama lalui semasa baby di dalam perut mama lagi.

Sesungguhnya Mama tidak sabar untuk bertemu dengan baby, setiap kali mama memegang perut mama ini mama terasa terlalu sayang pada baby. Kasih sayang Mama buat baby tidak ada gantinya. Walaupun Baby masih cuma sebesar zarah di dalam perut Mama, namun sudah terbayangkan baby di dalam pelukan mama.

Sayang, semoga kita berjumpa lagi.

- Mama baby -
21 Nov 2002